Jumaat, 22 Jun 2012

Rambut Oh Rambut !!

Hari ni Firz nak kongsi sikit dengan korang semua tau.. Pernahkah korang dengar bahawa gaya rambut mempengaruhi perwatakan seseorang? Tidak pernah? Jom rujuk sini, pasti merungkai segalanya tau.. 


Agak-agaknye Firz ni tergolong dalam yang mane ye? Hehehe..


1) RAMBUT LURUS
- bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan berpotensi dalam bidang kesenian.

2) RAMBUT KERINTING TEBAL
- kurang bijak, degil, cenburu kuat, romantik, banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung,

3) RAMBUT KERENTING NEGRO
- bijak, ego, cemburu buta, romantik , memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah

4) RAMBUT IKAL MAYANG
- bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS/LEMBUT
- bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) RAMBUT SIKIT
- bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang,ego, dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

7) RAMBUT PERANG
- kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.

RAMBUT TEBAL
- bijak, degil, cemburu, romantik, kasar, banyak kawan, dan pandai mengambil hati seseorang.

9) RAMBUT KUSUT
- sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.

10) RAMBUT BERUBAN
-kurang bijak, suka termenung, sosial sikit, berfikiran terbuka dan pandai selesai kan masalah diri. (additional ..++)

11) RAMBUT MOHICAN/PUNK
- pembersih, suka menyapu sampah, memberus kasut dan membersihkan sawang. amat sesuai di buat suami mahupun pembantu rumah.

12) RAMBUT BOTAK
- open-minded, senang dipandang terutama diwaktu malam tanpa menggunakan topi keledar ketika membawa motor mahupun mesin pemotong rumput. Celik 'IT' orang nya..

13) RAMBUT ALA 'ZAIBO'
- sesuai bekerja menurap jalanraya dan menyapu jem pada roti. 'Accident-prone' e.g kepala selalu jadi target ketika bermain bola kerana kes salahtafsir.

14) RAMBUT PALSU
- bersifat pendusta, pembohong dan buta 'IT' . Suka menabur janji dan amat jarang menabur wang di tepi-tepi jalan.

15) RAMBUT ALA 'PUA CHU KANG'
- don't play-play with this category haah..!! he will hentam you, you know? kenaper?? tak percayaee??

16) RAMBUT 'RONALDO'
- rambut ala si 'pekan' dlm citer Batu belah batu bertangkup. Lelaki jenis ini suka mencuri ikan goreng di rumah. dan bermain bebola ikan sebagai hobi " saja suka2....sekadar hiburan........

Kisah Tentang Sahabat Firz di UMT

Syafiq Helmi (dari kiri), Sharif (Tengah), Amin ( dari kanan)

Sedar tak sedar, kini dah genap kira-kira 8 bulan Firz belajar di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan tanpa disangka, ramai juga kenalan yang Firz perolehi tanpa mengira bangsa atau negeri asal. Namun begitu, apa yang paling istimewa ialah tentang tiga orang member Firz yang paling disayangi iaitu Syafiq, Sharif dan Amin.. Mungkin Tak kenal maka tak cinta kan.. Hehee.. Mengimbau kembali sewaktu pertama kali berada di UMT, Firz memang sedikit tidak selesa dan gundah.. Maklum laa, tiada teman pada masa itu, jadi perasaan nak balik rumah tu kuat sangat.. Betul tak kawan2 UMT first year? Hihihi..


(Syafiq Helmi Mohamad Asri a.k.a Apex..)

Haaa,, kalau korang nak tahu, ini kali pertama Firz mempunyai sahabat karib yang berasal dari Penang.. Hehee.. Namanya Syafiq Helmi, korang boleh je panggil dia Apex.. Special name tau tak.. Hihihi.. Mamat ini adalah member yang paling rapat dengan Firz berbanding yang lain kerana kami mempunyai banyak persamaan dari segi minat. Syafiq merupakan sahabat yang mempunyai semangat juang yang tinggi di samping dia turut aktif dalam pelbagai aktiviti di kampus. Budak hyperaktif la katakan... Hohoho.. 



(Sharif Mat Daud a.k.a Ustaz ATB 204.. Hehehe)

Sahabat Firz yang sorang ni berasal dari Pasir Mas, Kelantan dan antara sahabat yang paling suka "berdebat" sesama kami. Walau Sharif merupakan sahabat yang paling "banyak mulut", namun sebenarnya dia baik orangnya.. So, lepas ni boleh la sape2 nak jadikan dia calon Boyfriend.. Hehee.. Serius, betul.. Sharif juga mempunyai nilai2 keperibadian yang baik sehingga kadang-kala kami menggelarkan dia sebagai "Ustaz ATB 204" iaitu bermaksud ustaz di bilik hostel yang kami diami. Hahaha.. 

(Amin Jani a.k.a Amin)

Member Firz yang terakhir ini pula Mohd Amin Jani yang Firz anggap sebagai abang di UMT kerana dia nampak sedikit "mature" berbanding Firz.. Amin ni mempunyai perwatakan menarik selain dia bercita-cita tinggi.. Firz doakan semoga Amin berjaya mengejar impian.. Hehee.. Untuk makluman, Amin berasal dari Selangor dan merupakan antara member yang paling sporting.. Hihihi..



Jika nak diperkenalkan ketiga2 "model" ni memang tak cukup masa la kan.. Hehee.. Secara ringkasnya, Firz bertuah kerana memiliki dan mengenali teman baik seperti mereka bertiga apatah lagi untuk menghadapi cabaran dan dugaan yang mendatang. Terima kasih Syafiq, Sharif, Amin.. Kamoo memang terbaik la.. Hehee.. 

Cerita-Cerita Yang Best Giler

get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget