Sabtu, 29 Disember 2012

Aku Kembali Berblog ^^



Hari ini dah masuk 29 Disember kan? Ermm, nak masuk tahun 2013 sudah.. Fir rasa tahun ni penuh dengan suka duka sebenarnya apatah lagi diri ini bergelar sebagai Mahasiswa di UMT buat semester yang ketiga. Tapi rasanya sem ini agak buzy sikit sebab banyak keje lapangan yang perlu settle. Happy? Boleh la.. Walau happy mana pun diri ini, pada hakikatnya cukup tersentap dengan kehilangan orang tersayang yang sudah pergi jauh dari hidup ini.. Sop3... Sedihkan? Sabar jelah, hidup mesti diteruskan okey.

Sepanjang tahun ni Fir jalani kehidupan tanpa dia yang sebelum ini banyak memberi semangat dan motivasi kepada Fir. Aduhai, hanya Allah je yang tahu betapa sayangnya Fir pada dia. Tapi Apakan daya, dia sudah meninggalkan Fir dan sudah pasti akan mencari pengganti yang jauh lebih baik daripada Fir.

Pernah terdetik di hati ini untuk mencari penggantinya, tetapi... Fuuhh, biarkanlah. Fir mahu berseorangan buat seketika. Jauh dari asmara cinta yang tidak berkesudahan.. Cinta kadang kala menganggu prestasi keje Fir yang bukanlah Student yang 'Excellent' sangat kat kampus.. Tetapi hanya Allah je yang tahu betapa Fir benar-benar struggle untuk mendapatkan yang terbaik untuk diri ini..

Tak sangka sem ini Fir telah peroleh seorang adik angkat yang juga junior di kampus. Sedikit sebanyak dapat la jugak Fir lupakan perkara-perkara yang dah lepas dan fokus untuk masa depan. Dia juga banyak memberikan Fir semangat baru dalam mengejar cita-cita untuk mendapatkan segulung ijazah. Adik angkat ni Fir sudah anggap seperti adik sendiri jugak. Kami harap hubungan baik ini dapat kekal sehingga akhir hayat.

Pernah juga kadang kala rakan-rakan bertanya kepada Fir tentang 'bunga' di taman, tetapi apa yang Fir bisa katakan hanyalah "tak ada". Ermm, kadang kala orang tak percaya, dan menganggap Fir cuba menyembunyikan sesuatu daripada mereka.. Tidak.. Fir bukan nak menafikan apa-apa, tetapi memang benar yang Fir tidak punya sesiapa di hati pada ketika ini. Mungkin kerana sudah serik dikecewakan dalam percintaan.

Fir sebenarnya pasrah dengan apa yang sudah terjadi.. Mungkin Fir terlalu lemah dan mentah dalam percintaan.. Ermmm,,, Sabar je lah.. pasti ada suatu yang indah di sebalik semua ini..


Cerita-Cerita Yang Best Giler

get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget