Khamis, 15 Mei 2014

Saya suka dia?

Lamanya tak tulis blog ni.. huhu.. hari ni teringin pulak nak menulis.. okeh lah, macam ni.. sebenarnya saya ada suka seorang pompuan tu.. tapi saya malu nak luahkan dekat dia.. sebab saya tau yang saya ni bukannya hensem sangat. Dia dah lah cantik dan baik pulak tu.. Sebenarnya dah lama saya nak kenal dengan dia.. cuma rasa malu sebab dia jenis pendiam.. tapi tak tahu kenapa hati saya ni macam tak yakin. Mungkin sebab saya risau kalau-kalau dia sudah dimiliki.. Ermm, dop se lah lagu tu.. saya ni bukan jenis nok rampas gewe orang..

Saya sebenarnya nok cari calon isteri.. bukan nok wak jadi gewe.. tapi nok buat guano lah mugo ore tokse ko kito nih.. hihihi.. Tahun ni dah masuk dekat 3 tahun doh kami belajar sekali.. tapi masih lagi saya malu nak mendekati dia.. kot facebook berani lah nok tegur.. di alam realiti memang sudah lah sangat sebab malu nak bertemu mata.. Tapi syukurlah saya sudah mula tegur dia dan berhubung dengan dia.. tapi tu pun atas urusan kerja lah.. Pernah satu hari tu saya luahkan perasaan dekat dia tapi dia macam buat tak faham jah.. Ermm,, mungkin dia tak sudi terima saya.. sabar jelah.. (^___^)

Sabtu, 21 Disember 2013

Kuat makan.. study oh study ^__^

Hahaa~ Bila asyik membelek buku pasti akan rasa lapar dan haus kan. Jadi, memang saya biasa beli makanan dan minuman ringan awal-awal supaya senang nak stay up hingga lewat malam. Tapi saya ni jenis kurang la kalau nak tido jam 2 pagi dan ke atas. Biasanya kalau dah terlajak hingga jam 2 pagi, memang tunggu sampai subuh lah.. hihi.. Maklumlah, takut tak terbangun subuh la nanti. Okeh, berbalik kepada cerita kuat makan ni. Saya memang tak dapat nafikan bahawa selera makan makin menjadi-jadi, yelah sekarang pun musim hujan yang tak henti-henti. Jadi, kerjanya makan jelah.. Huhu.

Jumaat, 20 Disember 2013

Study week datang lagi ^__^

Tak tahu kenapa apabila saya dah nak abis belajar pada semester 5 ni, saya merasakan sesuatu. Seolah-olah saya mula jadi malas untuk belajar. Entah mengapa, saya pun tidak pasti. Mungkin kerana tekanan kerja dan esaimen yang berlambak sebelum ini banyak memberi kesan kepada saya. Aduhai, sabar jelah.. Hidup ni memang penuh cabaran kan. Begitulah dengan saya yang kini sudah memasuki tahun 3 pengajian di menara gading. Sejujurnya saya pernah jatuh hati kat seseorang gadis tu tapi sayangnya saya lambat meluahkan perasaan. Akhirnya, dia kini sudah jadi milik orang lain.. Hihi.. Tu lah, kalau malu memang selalu rugi lah kan. Tapi sebenarnya saya sudah serik untuk bercinta, apatah lagi sebelum ini kerap kali putus di tengah jalan. Yelah, saya sedar siapa diri saya. Saya bukan seorang yang sempurna tetapi apa-apa pun, saya tetap bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk terus hidup di atas muka bumi ini..

Study week datang lagi, dan minggu macam ni lah minggu yang paling malas nak study. Hihi.. Yelah, semalam baru je lepas selesai presentation Final Year Project. Nasib baik la Penilai semalam tak banyak menanyakan soalan, jadi smooth jelah perbentangan saya. Tajuk yang saya present ialah berkaitan warga tua miskin. Maklumlah, saya memang minat untuk mengkaji tentang komuniti luar bandar tambah-tambah lagi pasal orang tua. Bila tengok orang tua, pasti akan teringat kat ma dan abah.. Rindu diorang sangat-sangat.. Apa pun, final exam akan start 5 januari dan akan tamat pada 15 januari 2014. Fuuhh.. Moga dipermudahkan. ;)

Isnin, 8 April 2013

Ada apa dengan adik angkat?

Assalamualaikum semua.. Kalian semua sihat? Saya sihat alhamdulillah.. Hari ini saya nak bercerita pasal satu cerita yang mungkin sudah kerap kali berlaku dalam kehidupan masa kini.. Adik angkat? Hahh, kalian mesti ramai adik angkat kan? Hihii.. Ermm, biasanya orang yang ada adik angkat ni biasanya "hot stuff" dan ada rupa kan. Saya ni biasa-biasa saja.. Saya bersyukur dengan apa adanya.. Segala yang diberikan oleh Allah patut kita syukuri dengan sebaik mungkin. Berbalik semula pasal cerita adik angkat, sebenarnya saya juga pernah mempunyai pengalaman memiliki adik angkat ni..

Adik angkat sebenarnya bukanlah suatu yang membebankan kita. Cuma bergantung kepada kita untuk memahami mereka atau tidak.. Fuuh! Sabar jelah kan. Dunia sekarang ni kalau lelaki mesra dengan lelaki pasti orang akan anggap diorang tu gay. Hishh,, pelik kan dunia sekarang ni. Padahal tak semua lelaki macam tu. Pada pandangan saya, seseorang insan yang ingin menjadi adik angkat kepada seseorang adalah kerana mereka memerlukan kasih sayang seseorang abang ataupun kakak. Mungkin juga kasih sayang di rumah atau keluarga mereka tidak cukup dan mereka mungkin juga jarang diberi perhatian oleh ahli keluarga.

Saya tak kisah jika ada sesiapa pun yang nak jadi adik angkat saya. Tetapi saya nak mereka berjanji dengan saya yang mereka perlu taat kepada Allah dan berbakti kepada kedua ibubapa mereka. Terus terang saya katakan bahawa saya juga tidak tahu dari mana datangnya istilah adik angkat atau abang angkat.. Namun begitu, saya percaya bahawa kita hidup di atas muka bumi ini adalah sebagai saudara.. Kita semua adalah bersaudara.. Itu yang saya faham.. Hihihi..

Jumaat, 5 April 2013

Oh si dia..

Inilah saya, Firz.. Hihi :)

Fuuhh, lamanya tak update blog kan.. Ermm.. Dah kira-kira dua bulan kot. Biasa lah student katakan. Hihihi.. Sebenarnya saya sangat sedih dengan apa yang berlaku minggu lepas.. Cinta itu buta kan. Mengapa saya boleh suka pada orang lain sedangkan saya sudah memiliki seseorang yang cukup istimewa dalam hidup saya.. Mungkin jarak yang jauh dan masa yang cukup suntuk untuk kami bersama menjadikan ia sebagai penghalang kepada kemesraan kami..

Malam-malam macam ni malas la nak update post yang jiwang-jiwang tapi apakah daya. Saya benar-benar merindui dia yang jauh di mata. Kami jarang sekali dapat berhubung dan kadang kala saya merasakan bahawa hubungan kami seolah-olah semakin jauh dan tidak berkesudahan.. Ya Allah, adakah saya yang salah kerana jarang menanyakan khabar kepada si dia? Ye, saya merasakan betapa diri yang hina inilah yang bersalah.. Saya tidak sepatutnya membiarkan si dia mengharapkan saya sebegitu rupa.. Fuuhhh! Beratnya hati untuk melafazkan rasa sayang kepada si dia. Mungkin saja dia sudah diminati oleh orang lain yang jauh lebih baik daripada saya..

Saya bukanlah seorang yang sempurna seperti yang dia inginkan tetapi saya akan cuba untuk menjadi yang terbaik di hadapannya.. Walau apa yang terjadi, saya hanya inginkan kebahagiaan menjadi miliknya. 

Sabtu, 29 Disember 2012

Aku Kembali Berblog ^^



Hari ini dah masuk 29 Disember kan? Ermm, nak masuk tahun 2013 sudah.. Fir rasa tahun ni penuh dengan suka duka sebenarnya apatah lagi diri ini bergelar sebagai Mahasiswa di UMT buat semester yang ketiga. Tapi rasanya sem ini agak buzy sikit sebab banyak keje lapangan yang perlu settle. Happy? Boleh la.. Walau happy mana pun diri ini, pada hakikatnya cukup tersentap dengan kehilangan orang tersayang yang sudah pergi jauh dari hidup ini.. Sop3... Sedihkan? Sabar jelah, hidup mesti diteruskan okey.

Sepanjang tahun ni Fir jalani kehidupan tanpa dia yang sebelum ini banyak memberi semangat dan motivasi kepada Fir. Aduhai, hanya Allah je yang tahu betapa sayangnya Fir pada dia. Tapi Apakan daya, dia sudah meninggalkan Fir dan sudah pasti akan mencari pengganti yang jauh lebih baik daripada Fir.

Pernah terdetik di hati ini untuk mencari penggantinya, tetapi... Fuuhh, biarkanlah. Fir mahu berseorangan buat seketika. Jauh dari asmara cinta yang tidak berkesudahan.. Cinta kadang kala menganggu prestasi keje Fir yang bukanlah Student yang 'Excellent' sangat kat kampus.. Tetapi hanya Allah je yang tahu betapa Fir benar-benar struggle untuk mendapatkan yang terbaik untuk diri ini..

Tak sangka sem ini Fir telah peroleh seorang adik angkat yang juga junior di kampus. Sedikit sebanyak dapat la jugak Fir lupakan perkara-perkara yang dah lepas dan fokus untuk masa depan. Dia juga banyak memberikan Fir semangat baru dalam mengejar cita-cita untuk mendapatkan segulung ijazah. Adik angkat ni Fir sudah anggap seperti adik sendiri jugak. Kami harap hubungan baik ini dapat kekal sehingga akhir hayat.

Pernah juga kadang kala rakan-rakan bertanya kepada Fir tentang 'bunga' di taman, tetapi apa yang Fir bisa katakan hanyalah "tak ada". Ermm, kadang kala orang tak percaya, dan menganggap Fir cuba menyembunyikan sesuatu daripada mereka.. Tidak.. Fir bukan nak menafikan apa-apa, tetapi memang benar yang Fir tidak punya sesiapa di hati pada ketika ini. Mungkin kerana sudah serik dikecewakan dalam percintaan.

Fir sebenarnya pasrah dengan apa yang sudah terjadi.. Mungkin Fir terlalu lemah dan mentah dalam percintaan.. Ermmm,,, Sabar je lah.. pasti ada suatu yang indah di sebalik semua ini..


Ahad, 25 November 2012

Dapat Surprise Dari Abah ^^


Alhamdulillah, tak sangka kepulangan saya ke Kota Bharu mendapat sesuatu daripada Abah. Ermm, walau cuti agak singkat namun ia tetap terhibur. Ermm, Agak-agaknya apa yang saya dapat? hihii.. 

Cerita-Cerita Yang Best Giler

get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget