Sabtu, 16 Julai 2011

Pengertian Malam Nisfu Syaaban Secara Detail..


Pengertian nisfu Syaaban

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Ape itu Nisfu Syaaban?

Seperti yang selalu saya lihat, bacaan Yasin yang dibuat sebanyak 3 kali itu dilakukan dengan pantas dan terkejar-kejar. Mungkin ianya sesuai dengan orang yang sudah mahir membaca Qasar,  tetapi bagaimana dengan mereka yang tidak mahir dengan bacaan Qasar lebih-lebih lagi bagi yang tidak mahir membaca AlQuran bertajwid. Tidakkah itu sudah menjadi tunggang-langgang dan tidak berlaku dalam keadaan yang tenang. Apakah bagus membaca AlQuran dalam keadaan tergesa-gesa dan salah tajwidnya? Apakah hikmah di sebalik tergesa-gesa dan tidak faham apa yang dibaca itu?

Sebenarnya tiada hadith yang sahih yang memberitahu tentang bacaan yasin 3 kali pada malam nisfu Syaaban ini dan jika ada pun, ianya adalah hadith berkenaan kelebihan malam nisfu Syaaban yang dhaif dan juga terdapat dalam hadith maudhu’ (palsu). Walau bagaimanapun ada sebahagian ulama berpendapat hadis dhaif boleh dipegang dalam amalan sunat secara perseorangan.  Tetapi tidak sekali-kali dengan hadith maudhu’. Ingat, hadith maudhu’ maknanya hadith PALSU, dan hadith PALSU hanyalah hadith yang direka-reka oleh golongan tertentu. Dengan kerana itu, adalah penting agar kita berhati-hati dalam memahami martabat sesuatu hadith itu.
Namun , dalam soal bacaan Yasin sebanyak 3 kali dalam nisfu Syaaban tetap tidak ada hadith yang sahih berkenaannya dan amalan tersebut tiada ditunjukkan contoh langsung oleh nabi dan sahabat. Maka mengapa kita sekarang ini mengadakan majlis tersebut di masjid-masjid apabila tibanya malam nisfu Syaaban sahaja?  Mengapa perlu menetapkan malam itu untuk membaca Yasin 3 kali dan berduyun-duyun menuju ke masjid sedangkan malam lain tidak? Itu yang perlu diperhati bersama.
Dan saya tidak berani mengatakan amalan tersebut haram. tetapi kita perlu ingat, amalan ibadah khusus yang bukannya berasal dari nabi sudah dikira bid’ah dan dibimbangi amalan itu akan menjadi penat dan lelah semata-mata kerana tidak berasas atau menambah dosa sahaja. Tetapi menurut fatwa dariSyeikh Abdul Aziz bin Baaz, amalan itu dikira bid’ah dan penjelasannya ada saya sertakan di bawah nanti.
Maka sebaiknya adalah kita lakukan sahaja amalan membaca Yasin atau apa-apa sahaja bacaan AlQuran , tanpa perlu dikhususkan 3 kali dan seumpamanya. Dan yang penting, bacaan itu biarlah TERTIB, TENANG dan memberi keinsafan kepada kita dan bukannya semata-mata mahu mengejar pahala  sehingga membaca AlQuran dengan tergopoh dan salah tajwid dan mengatakan sepatutnya melakukan bacaan Yasin 3 kali itu.

Rabu, 13 Julai 2011

Hargailah Yang Tersayang..


Kamu ada skandal kekasih? Atau mungkin kamu masih lagi single? Haa, bak kata Saiful Apek dalam filem Kuliah Cinta, kalau xde pasangan sampai ke hujung semester penyakit keturunan agaknya tu. Hari ni aku nak cerita sikit tentang cara untuk menghargai kekasih. Kihkih! Kawan-kawan, sila gelak kerana Chokilala sanggup menjiwang pasal dia nak menang perfume! Ahh apa kisah, yang penting kalau aku menang aku jadi wangi. Pergi kelas pun xyah mandi. Kahkah!
Jom lihat bagaimana caranya untuk menghargai kekasih, Chokilala’s style!
Post ini akan lebih mendalam penghayatannya jikalau korang klik butang play di atas. Terima kasih :P
Hadiahkan perfume daripada MyPerfume2U
Eh? Macam Maybank2U je? Bukan bukan. MyPerfume2U ialah kata ganti nama untuk penjual perfume yang menawarkan perfume berkualiti dengan harga yang sangat berpatutan. Kamu boleh cuba picit link nihttp://www.myperfume2u.com. Mengikut kajian yang dijalankan, sesiapa yang tidak picit link dalam blog dia ialah seorang yang comot. Eh, biar betik? Cepat klik sini secara bergegas!
Selepas melihat perfume yang dijual di MyPerfume2U tu, mungkin korang boleh lupakan hasrat korang untuk menghadiahkan minyak attar kepada bf/gf korang. Minyak senyonyong adalah dilarang sama sekali, tidak! Apatah lagi menghadiahkan minyak lintah kepada bf, eh sungguh kurang sopan pemikiran kamu. Kehkeh!
Hadiahkan e-book yang menarik
Apakah? Sekarang ni zaman e-book di mana pelbagai jenis e-book terdapat di Internet. Xkira la yang percuma mahupun berbayar. Mengikut pengalaman sendiri, aku juga ada memberi e-book yang berguna kepada Encik F. Contohnya e-book seperti panduan Nuffnang daripada Noorizamshah dan juga panduan bisnes Ebay daripada Saifulsham
Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga
Tidak lupa juga e-book tentang tips untuk Google Adsense. Kiranya, setiap apa yang aku baca aku akan kongsi dengan yang tersayang. Romantik gitu kan? *muntah* Mungkin korang pun boleh cuba cara ni kalau bajet sentiasa tak mengizinkan, macam aku! Hahaha
Hadiahkan e-book yang ‘lebih’ menarik!
E-book bertajuk Permata Yang Hilang. Uiks? Permata siapa yang hilang? Siapakah individu yang berani merampok permata tersebut? *sekeh pale korang* Bukan permata yang biasa duduk dalam tiram tu la! Eh, ke tu mutiara? Haizz. Nak terangkan pun serba salah. Cuba je la tengok link ni, malu nak terangkan. Kihkih!
Dah tengok? Uiks! Jangan salah sangka. Aku sendiri tak baca habis sebab kemaluan malu tengok gambarajah dia yang terperinci sangat. Aku bedah hamster & katak waktu Biologi dulu pun tak detail macam tu gambarnya. E-book tu mungkin akan dicari balik sebelum nak kahwin nanti. Sekarang simpan dulu. Hihi :P
Jangan berkira sangat dalam berbelanja
Haa, kepada yang perempuan tu jangan la selalu sangat mengharap bf belanja. Apa salahnya sekali sekala bayarkan makan untuk bf korang sekali. Mesti dorang tersengih macam kerang busuk. Tapi kalau korang belikan bf korang perfume daripada MyPerfume2U dorang akan tersengih macam kerang wangi la. Hikhik!
Bersyukur dengan kelebihan & kekurangan pasangan
Selalu kita menyangka yang di tangan orang indah dan menawan; apa yang di tangan sendiri sentiasa kedam. Selalu kita meletakkan impian yang muluk-muluk pada kepunyaan orang sedangkan orang turut terliur dengan apa yang kita miliki
Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya, jadi bersyukur la dengan pasangan masing-masing. Jangan la selalu sangat mengumpat atau mengadu tentang perihal pasangan dengan kawan-kawan. Daripada korang berketupat tentang pasangan korang, lebih baik pergi ke blog Hafreze.com untuk lihat gosip terbaru artis. Terima pasangan korang seadanya dan bawa berbincang kalau ada yang tak kena. Hehehe
Barang yang lama jangan dikenang
Awal perhubungan aku & Encik F agak teruji sedikit gara-gara sikap bekas kekasih beliau. Suka kacau dan sebar cerita xbetul pasal kami. Aku diam je dan kitaorang banyak berbincang, sebab semua yang dia sebarkan tu memang xbetul. Kitaorang sama-sama berjanji untuk lupakan ex kitaorang dan bina hubungan yang best! Jadinya, start a new life & jangan ungkit pasal kenangan lama untuk saling menjaga hati
Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita

Selasa, 12 Julai 2011

Cara Pikat Hati Perempuan

Terdapat beberapa cara untuk memikat wanita, ia bergantung pada cara masing-masing. Ada cara ‘Gentlemen’ dan cara paling tidak berkesan ialah cara tidak ‘Gentlemen’ langsung. Jika anda tengah lepak di tepi tembok atau di kedai kopi sambil “pheeweet” sana sini,” Hai! Kak Long nak pergi mana tu”, lebih baik berdiam diri sahaja. Memang ia akan membuatkan orang dipersekitaran anda meluat dengan anda. Ia sebenarnya tidak menggambarkan ke maskulinan seorang lelaki, percaya lah nasihat.
Hari ini kami akan memberi tips ‘pintas’berkesan bagaimana anda boleh memikat wanita dan pada masa yang sama tidak membuang masa anda memikat wanita yang tidak berminat dengan anda.
Sekiranya pada suatu hari anda berjalan dan terserempak dengan wanita yang boleh dikatakan ‘hot’dan anda fikir tidak mungkin anda akan dapat dia, sebenarnya sangkaan anda itu mungkin meleset. Kerana anda kena pegang satu prinsip, belum cuba belum tahu.
Tips 1
Tindakan pertamanya ialah anda mesti perhatikan dahulu pergerakan sidia, tingkah lakunya. Pandang wajahnya dengan penuh tekun serta minat yang mendalam. Sudah tentu sidia akan perasan yang anda sedang memerhatikannya. Sidia akan berpaling pada anda dan anda mesti tetapkan pandangan anda pada matanya sambil senyuman dan ‘wink’ (naikkan kening anda). Sidia akan tersenyum. Tindakan serta merta anda ialah menyapa padanya dengan menyebut ‘hai’. Sidia akan membalas samada hanya dengan senyumannya lagi atau membalas sapaan anda tadi.
Anda tidak perlu mengambil berat sangat samada sidia minat atau tidak, kerana isyarat yang anda tunjukkan tadi sudah memberitahu bahawa anda ingin berkenalan dengannya.
Jika sidia berminat, dalam perjalanan dia hendak meninggalkan anda, sidia akan menunjukkan reaksi yang dia berminat dengan anda. Sebagai contoh: sidia akan berpaling sekali lagi, menggelengkan kepala sambil tersenyum, atau isyarat menunjukkan yang anda bertuah ialah sidia seolah-olah melambat-lambatkan pergerakannya untuk meninggalkan anda.
Tips 2
Jika sidia ada respon terhadap anda, wajib anda mintak nombor ‘handphone’nya. Kebarangkalian yang tinggi anda akan menyesal dan tidak habis-habis memikirkan tindakan tidak mengambil nombornya atau anda berkata dalam hati “bodohnya aku tak ambil nombor dia tadi.. aduhh”. 90% anda tidak akan dapat berjumpa dia lagi.
Tips 3
Jika sidia tidak berpaling pada anda, atau tidak menunjukkan sebarang reaksi (mesti naluri anda dapat kesan), anda jangan membuang masa anda terhadap wanita tersebut. Cari sahaja yang lain. NisbahLelakivsWanitapada tahun 2007. Jangan risau bro.


Read more:http://tanyalelaki.com/cara-pintas-pikat-wanita/#ixzz1RsLvHXSA

Cerita-Cerita Yang Best Giler

get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget