Rabu, 13 Julai 2011

Hargailah Yang Tersayang..


Kamu ada skandal kekasih? Atau mungkin kamu masih lagi single? Haa, bak kata Saiful Apek dalam filem Kuliah Cinta, kalau xde pasangan sampai ke hujung semester penyakit keturunan agaknya tu. Hari ni aku nak cerita sikit tentang cara untuk menghargai kekasih. Kihkih! Kawan-kawan, sila gelak kerana Chokilala sanggup menjiwang pasal dia nak menang perfume! Ahh apa kisah, yang penting kalau aku menang aku jadi wangi. Pergi kelas pun xyah mandi. Kahkah!
Jom lihat bagaimana caranya untuk menghargai kekasih, Chokilala’s style!
Post ini akan lebih mendalam penghayatannya jikalau korang klik butang play di atas. Terima kasih :P
Hadiahkan perfume daripada MyPerfume2U
Eh? Macam Maybank2U je? Bukan bukan. MyPerfume2U ialah kata ganti nama untuk penjual perfume yang menawarkan perfume berkualiti dengan harga yang sangat berpatutan. Kamu boleh cuba picit link nihttp://www.myperfume2u.com. Mengikut kajian yang dijalankan, sesiapa yang tidak picit link dalam blog dia ialah seorang yang comot. Eh, biar betik? Cepat klik sini secara bergegas!
Selepas melihat perfume yang dijual di MyPerfume2U tu, mungkin korang boleh lupakan hasrat korang untuk menghadiahkan minyak attar kepada bf/gf korang. Minyak senyonyong adalah dilarang sama sekali, tidak! Apatah lagi menghadiahkan minyak lintah kepada bf, eh sungguh kurang sopan pemikiran kamu. Kehkeh!
Hadiahkan e-book yang menarik
Apakah? Sekarang ni zaman e-book di mana pelbagai jenis e-book terdapat di Internet. Xkira la yang percuma mahupun berbayar. Mengikut pengalaman sendiri, aku juga ada memberi e-book yang berguna kepada Encik F. Contohnya e-book seperti panduan Nuffnang daripada Noorizamshah dan juga panduan bisnes Ebay daripada Saifulsham
Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga
Tidak lupa juga e-book tentang tips untuk Google Adsense. Kiranya, setiap apa yang aku baca aku akan kongsi dengan yang tersayang. Romantik gitu kan? *muntah* Mungkin korang pun boleh cuba cara ni kalau bajet sentiasa tak mengizinkan, macam aku! Hahaha
Hadiahkan e-book yang ‘lebih’ menarik!
E-book bertajuk Permata Yang Hilang. Uiks? Permata siapa yang hilang? Siapakah individu yang berani merampok permata tersebut? *sekeh pale korang* Bukan permata yang biasa duduk dalam tiram tu la! Eh, ke tu mutiara? Haizz. Nak terangkan pun serba salah. Cuba je la tengok link ni, malu nak terangkan. Kihkih!
Dah tengok? Uiks! Jangan salah sangka. Aku sendiri tak baca habis sebab kemaluan malu tengok gambarajah dia yang terperinci sangat. Aku bedah hamster & katak waktu Biologi dulu pun tak detail macam tu gambarnya. E-book tu mungkin akan dicari balik sebelum nak kahwin nanti. Sekarang simpan dulu. Hihi :P
Jangan berkira sangat dalam berbelanja
Haa, kepada yang perempuan tu jangan la selalu sangat mengharap bf belanja. Apa salahnya sekali sekala bayarkan makan untuk bf korang sekali. Mesti dorang tersengih macam kerang busuk. Tapi kalau korang belikan bf korang perfume daripada MyPerfume2U dorang akan tersengih macam kerang wangi la. Hikhik!
Bersyukur dengan kelebihan & kekurangan pasangan
Selalu kita menyangka yang di tangan orang indah dan menawan; apa yang di tangan sendiri sentiasa kedam. Selalu kita meletakkan impian yang muluk-muluk pada kepunyaan orang sedangkan orang turut terliur dengan apa yang kita miliki
Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya, jadi bersyukur la dengan pasangan masing-masing. Jangan la selalu sangat mengumpat atau mengadu tentang perihal pasangan dengan kawan-kawan. Daripada korang berketupat tentang pasangan korang, lebih baik pergi ke blog Hafreze.com untuk lihat gosip terbaru artis. Terima pasangan korang seadanya dan bawa berbincang kalau ada yang tak kena. Hehehe
Barang yang lama jangan dikenang
Awal perhubungan aku & Encik F agak teruji sedikit gara-gara sikap bekas kekasih beliau. Suka kacau dan sebar cerita xbetul pasal kami. Aku diam je dan kitaorang banyak berbincang, sebab semua yang dia sebarkan tu memang xbetul. Kitaorang sama-sama berjanji untuk lupakan ex kitaorang dan bina hubungan yang best! Jadinya, start a new life & jangan ungkit pasal kenangan lama untuk saling menjaga hati
Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita-Cerita Yang Best Giler

get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget