Jumaat, 7 September 2012

Aku, Impian Dan UMT..

[Posing Firz ni adalah sewaktu last check-out untuk tahun 1:) ]

Ahad ini Firz akan bertolak ke UMT untuk meneruskan pengajian Degree untuk tahun yang kedua, semester satu.. Agak-agak seronok ke ? Ermmm, Firz rasa maybe takde la seronok sangat sebab Firz akan duduk dengan roommates baru di hostel nanti. Haishh, malas betul nak fikir pasal benda-benda yang remeh-temeh ni. Ermm,, ape-ape pun Firz rasa niat tu yang penting dalam ape jua perbuatan.

Kalau kawan-kawan nak tahu, ini adalah imej Firz masa first time masuk ke UMT.. Skema kan? Huahuahua... Memang skema pun. Tapi kira okey la sebab masa tu tak tau sangat pasal etika pakaian dan rambut di kampus ni.. Ermm,, tapi lepas je nak masuk semester dua tu Firz terus main redah je... (Macam la U ni Firz yang punye)

Berani atau tidak, Firz perlu jalani kehidupan di U dengan tabah sebab kat sana tu bukannya Firz boleh harapkan sape-sape kecuali sahabat-sahabat baik Firz.. Sahabat baik? ade ke? Haishh,, takde kot. Kawan sekuliah dan kawan sebilik ade la.. Huahuahua.. Susah nak cari sahabat baik ni sebenarnya, apatah lagi orang yang mempunyai minat yang sama dengan kita.. Betul tak?

Firz memang minat giler dengan sukan bolasepak ni.. Korang ade? Firz sebenarnya dalam diam-diam adalah Blogger Sukan di beberapa buah blog dan laman web tapi tak nak la heboh-hebohkan sebab takut nanti orang kata kita ni bohong lak.. (Percaya la...)


Firz sebenarnya minat jugak dalam bidang kewartawanan ini, tambah-tambah pulak dalam ulasan bolasepak.. Firz masih dalam proses pembelajaran.. Nak jadi Wartawan sukan bukan mudah adik oi... Hahah... Tapi alhamdulillah la sebab dapat bermentorkan Hafizal Hamad, Wartawan sukan RTM yang juga kerap kali menjadi pengulas bolasepak . I like it!.. InsyaAllah, Firz nak ikut jejak Hafizal dengan Dato' Hasbullah Awang.. =)

I've fallen in love and frustration



Hurmmm... Anda pernah jatuh cinta? A'ah, Fir tahu la korang mesti lebih expert bab-bab cintan-cintun kan.. Fir sebenarnya keliru dengan hidup ni.. Kadang-kadang kita rasa ingin disayangi dan kadang-kala juga kita akan rasa dikongkong oleh seseorang yang kita sayang.. 

Aduhai... Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa Firz sayang kat sorang tu.. However, love is sometimes filled with a thousand and one questions. I am often impatient with all behaved until I finally run out of patience.  Bukan sehari dua Firz mengenali si dia malah kami sudah menjalinkan persahabatan selama 2 tahun lebih. Mungkin bukan jodoh kami, dan akhirnya kecundang di tengah jalan.. 


Kini sudah hampir sebulan lebih kami tidak berhubung.. Tiada panggilan mahupun SMS untuk bertanyakan khabar berita.. Apa pun, Firz sudah redha dengan ketentuan Ilahi yang mempertemukan dia dengan Firz. Firz sudah banyak berubah berkat kehadiran dia selama ini. Kini Firz seakan-akan dilahirkan semula dan jiwa Firz jelas sekali lebih tenang berbanding diri Firz yang 4-5 tahun dulu.. Alhamdulillah..

Cerita-Cerita Yang Best Giler

get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget