Jumaat, 5 April 2013

Oh si dia..

Inilah saya, Firz.. Hihi :)

Fuuhh, lamanya tak update blog kan.. Ermm.. Dah kira-kira dua bulan kot. Biasa lah student katakan. Hihihi.. Sebenarnya saya sangat sedih dengan apa yang berlaku minggu lepas.. Cinta itu buta kan. Mengapa saya boleh suka pada orang lain sedangkan saya sudah memiliki seseorang yang cukup istimewa dalam hidup saya.. Mungkin jarak yang jauh dan masa yang cukup suntuk untuk kami bersama menjadikan ia sebagai penghalang kepada kemesraan kami..

Malam-malam macam ni malas la nak update post yang jiwang-jiwang tapi apakah daya. Saya benar-benar merindui dia yang jauh di mata. Kami jarang sekali dapat berhubung dan kadang kala saya merasakan bahawa hubungan kami seolah-olah semakin jauh dan tidak berkesudahan.. Ya Allah, adakah saya yang salah kerana jarang menanyakan khabar kepada si dia? Ye, saya merasakan betapa diri yang hina inilah yang bersalah.. Saya tidak sepatutnya membiarkan si dia mengharapkan saya sebegitu rupa.. Fuuhhh! Beratnya hati untuk melafazkan rasa sayang kepada si dia. Mungkin saja dia sudah diminati oleh orang lain yang jauh lebih baik daripada saya..

Saya bukanlah seorang yang sempurna seperti yang dia inginkan tetapi saya akan cuba untuk menjadi yang terbaik di hadapannya.. Walau apa yang terjadi, saya hanya inginkan kebahagiaan menjadi miliknya. 

Cerita-Cerita Yang Best Giler

get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget