Isnin, 8 April 2013

Ada apa dengan adik angkat?

Assalamualaikum semua.. Kalian semua sihat? Saya sihat alhamdulillah.. Hari ini saya nak bercerita pasal satu cerita yang mungkin sudah kerap kali berlaku dalam kehidupan masa kini.. Adik angkat? Hahh, kalian mesti ramai adik angkat kan? Hihii.. Ermm, biasanya orang yang ada adik angkat ni biasanya "hot stuff" dan ada rupa kan. Saya ni biasa-biasa saja.. Saya bersyukur dengan apa adanya.. Segala yang diberikan oleh Allah patut kita syukuri dengan sebaik mungkin. Berbalik semula pasal cerita adik angkat, sebenarnya saya juga pernah mempunyai pengalaman memiliki adik angkat ni..

Adik angkat sebenarnya bukanlah suatu yang membebankan kita. Cuma bergantung kepada kita untuk memahami mereka atau tidak.. Fuuh! Sabar jelah kan. Dunia sekarang ni kalau lelaki mesra dengan lelaki pasti orang akan anggap diorang tu gay. Hishh,, pelik kan dunia sekarang ni. Padahal tak semua lelaki macam tu. Pada pandangan saya, seseorang insan yang ingin menjadi adik angkat kepada seseorang adalah kerana mereka memerlukan kasih sayang seseorang abang ataupun kakak. Mungkin juga kasih sayang di rumah atau keluarga mereka tidak cukup dan mereka mungkin juga jarang diberi perhatian oleh ahli keluarga.

Saya tak kisah jika ada sesiapa pun yang nak jadi adik angkat saya. Tetapi saya nak mereka berjanji dengan saya yang mereka perlu taat kepada Allah dan berbakti kepada kedua ibubapa mereka. Terus terang saya katakan bahawa saya juga tidak tahu dari mana datangnya istilah adik angkat atau abang angkat.. Namun begitu, saya percaya bahawa kita hidup di atas muka bumi ini adalah sebagai saudara.. Kita semua adalah bersaudara.. Itu yang saya faham.. Hihihi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita-Cerita Yang Best Giler

get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget