Jumaat, 20 Disember 2013

Study week datang lagi ^__^

Tak tahu kenapa apabila saya dah nak abis belajar pada semester 5 ni, saya merasakan sesuatu. Seolah-olah saya mula jadi malas untuk belajar. Entah mengapa, saya pun tidak pasti. Mungkin kerana tekanan kerja dan esaimen yang berlambak sebelum ini banyak memberi kesan kepada saya. Aduhai, sabar jelah.. Hidup ni memang penuh cabaran kan. Begitulah dengan saya yang kini sudah memasuki tahun 3 pengajian di menara gading. Sejujurnya saya pernah jatuh hati kat seseorang gadis tu tapi sayangnya saya lambat meluahkan perasaan. Akhirnya, dia kini sudah jadi milik orang lain.. Hihi.. Tu lah, kalau malu memang selalu rugi lah kan. Tapi sebenarnya saya sudah serik untuk bercinta, apatah lagi sebelum ini kerap kali putus di tengah jalan. Yelah, saya sedar siapa diri saya. Saya bukan seorang yang sempurna tetapi apa-apa pun, saya tetap bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk terus hidup di atas muka bumi ini..

Study week datang lagi, dan minggu macam ni lah minggu yang paling malas nak study. Hihi.. Yelah, semalam baru je lepas selesai presentation Final Year Project. Nasib baik la Penilai semalam tak banyak menanyakan soalan, jadi smooth jelah perbentangan saya. Tajuk yang saya present ialah berkaitan warga tua miskin. Maklumlah, saya memang minat untuk mengkaji tentang komuniti luar bandar tambah-tambah lagi pasal orang tua. Bila tengok orang tua, pasti akan teringat kat ma dan abah.. Rindu diorang sangat-sangat.. Apa pun, final exam akan start 5 januari dan akan tamat pada 15 januari 2014. Fuuhh.. Moga dipermudahkan. ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita-Cerita Yang Best Giler

get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget