Selasa, 21 Jun 2011

Jom Buat Murtabak!


Bahan - Bahan  

Bahan Inti : - (inti ini sesuai juga untuk karipap atau popia )
Daging ayam / lembu (direbus dan dipotong halus)
I peket perencah nasi goreng Adabi
Sebiji bawang besar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Lada hitam(ditumbuk) - terpulang pada citarasa anda kalau nak pedas letak
banyak sikit
Daun bawang
Daun sup
Sebiji telur
Serbuk lada sulah (jika suka )
Cili merah
Minyak masak  

Bahan Doh  

Tepung gandum
Marjerin
Secubit garam
Sebiji telur  

Cara - cara membuat inti  

Panaskan minyak tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga berwarna keemasan dan naik bau.Masukkan perencah nasi goreng Adabi , sedikit rebusan air daging beserta daging ayam / daging . Goreng sebentar. Masukkan lada hitam , garam(selalunya saya tak letak garam sebab perencah nasi tu dah secukup rasa ),daun bawang , daun sup, cili merah, pecahkan telur ke dalam bahan yang digoreng. akhir sekali masukkan bawang besar.  

Cara - cara membuat doh  

Masukkan tepung, sedikit bancuhan air garam, marjerin dan sebiji
telur...Uli sehingga lembut....bentukkan bulatan doh kecil- kecil dan
bahagikan kepada dua atau tiga bahagian.... renjiskan dgn minyak
masak...tutup dengan tudung periuk...biarkan lima hingga enam jam...  

Cara - cara membuat murtabak ; -  

Setelah adunan menjadi lembut....canai dan tebarkan.... masukkan inti murtabak. Goreng dengan api perlahan sehingga kulit murtabak kelihatan kberwarna keemasan ....  

p/s : Sukatan itu terpulang pada anda kerana saya tidak memakai sukatan hanya mengagak....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita-Cerita Yang Best Giler

get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget