Jumaat, 29 Jun 2012

Tiada Manusia Yang Sempurna



Sedar tak sedar hari ini sudah pun memasuki hari Jumaat yang merupakan penghulu segala hari.. Seperti biasa, Firz ingin mencoretkan beberapa perkara dalam posting kali ini. Hehee.. Bajet hebat la pulak kan Firz ni. Percayakah anda bahawa kita akan berubah dari masa ke semasa? Firz percaya pernyataan itu kerana Firz sendiri pernah mengalaminya.

Rakan-rakan pasti tidak percaya jika Firz mengatakan bahawa Firz dahulunya gemuk dan pendek kan? Hehee.. Percayalah kerana setiap usaha pasti mendatangkan hasil yang lumayan.. Berbalik kepada cerita tadi, Firz sememangnya agak "sihat" pada sekitar umur 12 hingga 15 tahun. Hanya tuhan sahaja yang tahu bahawa Firz pada ketika itu mengalami masalah berat badan di samping sering diejek oleh rakan-rakan sekolah. Walau bagaimanapun, setelah berazam untuk berubah, Firz akhirnya mengambil beberapa tindakan untuk memastikan Firz sebenarnya mampu mengubah tanggapan diorang.. 


Berkat berpuasa sunat dan mula menjinakkan diri dalam bolasepak menjadikan Firz benar-benar berubah sekelip mata tanpa diduga. Malah, Firz sendiri tidak menyangka bahawa Firz kini "bergaya" jika dibandingkan dengan sebelumnya. Tidak hairanlah jika Firz pada masa itu sering menjadi kegilaan wanita-wanita yang suka dengan "cara" Firz.. 


Seriously, Firz tidak perlu membazirkan banyak wang untuk menguruskan badan sebaliknya hanya bersabar di samping usaha yang tidak pernah terhenti demi melihat diri kembali dihargai oleh orang sekeliling. Moral di sini, Jangan mudah cepat mengalah jika kita tidak sempurna kerana sebenarnya tidak ada manusia yang sempurna.. (^^)

1 ulasan:

  1. omo.. firz pernah berbadan besar ke dulu??? wah.. macam x percaya jer kalaw tgok keadaan firz skarang..

    BalasPadam

Cerita-Cerita Yang Best Giler

get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget