Isnin, 2 Julai 2012

Sepanyol Kekalkan Kejuaraan, Italy Terpaksa akur

Fuuhh,, Lega rasa bila bahang Euro 2012 akhirnya berakhir awal pagi tadi. Lepas ni just kena fokus untuk ibadat puasa di bulan Ramadhan pulak.. Hehee.. Apa-apa pun tahniah buat skuad kebangsaan Sepanyol kerana berjaya mengekalkan rekod cemerlang dalam kancah Piala Eropah 2012 sekaligus menjulang Sepanyol sebagai sebuah pasukan bolasepak Eropah yang hebat di alaf ini. Kepada Italy yang tewas 0-4 kepada Sepanyol pula diharap mampu mengekalkan momentum persembahan terpuji mereka yang membawa mereka ke pentas Final tahun ini.

Firz sebenarnya sokong Germany namun apakan daya pasukan kegemaran sudah "out" lebih awal sebelum ke pentas Final.. Tapi, ingatlah bahawa Germany bukan tewas mudah kepada Italy tempoh hari cuma nasib sahaja tidak menyebelahi pasukan Hitam-Putih itu. Firz tahu yang penyerang sensasi Italy, Balotelli pasti sedih giler dengan kekalahan pasukan negaranya semalam namun Firz rasa ini sudah menampakkan kebangkitan kepada pasukan Azurri itu.


Ermmm,,, Fir rasa beberapa gambar ini sudah cukup untuk menceritakan segalanya dan kemeriahan Euro 2012 pasti akan dikenang oleh kedua-dua peminat bolasepak baik Sepanyol mahupun Italy.

 Sepanyol menurunkan kesebelasan terbaiknya dalam perlawanan awal pagi tadi dan jelas sekali kualiti bermain secara berpasukan ditunjukkan kepada khalayak yang menyaksikan perlawanan itu.


 Penjaga Gol Sepanyol, Iker Casillas telah membuktikan bahawa beliau merupakan antara penjaga gol terbaik dunia dan setanding dengan penjaga gol lagenda Italy, Gianluigi Buffon.

Penyerang Italy, Balotelli seharusnya diberi pujian kerana kesungguhan yang ditunjukkan dalam perlawanan Final Euro 2012.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita-Cerita Yang Best Giler

get this widget here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget